Home Seni Hidup Taylor Swift derma AS$15,500 untuk ibu peminat yang koma

Taylor Swift derma AS$15,500 untuk ibu peminat yang koma

Instagram Taylor Swift

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Taylor Swift mendermakan AS$15,500 (RM62,000) bagi membantu ibu lepada peminatnya yang koma sejak tiga tahun yang lalu.

Dipetik sebagai berkata seorang wanita bernama Sadie Bartell pada 1 Oktober lalu menerusi Twitternya meminta bantuan untuk ibunya, Lauriaan yang koma akibat ulser yang akhirnya mengakibatkan otaknya tidak dapat menerima oksigen.

“Ibu ada mengalami ulser yang menyebabkan otak tidak dapat menerima oksigen sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian itu.

“Saya minta bantuan anda semua bagi meringankan beban saya untuk menjaga ibu,” tulisnya.

Sadie memberanikan dirinya menulis mesej khas buat Taylor dan menyifatkan penyanyi itu sangat bermurah hati dalam membantunya pada masa sukar ketika ini.- MalaysiaGazette