Home Sukan Inter Milan lantik Presiden ke-21

Inter Milan lantik Presiden ke-21

Steven Zhang. Foto The Sun

MILAN – Inter Milan melantik Steven Zhang, 26, sebagai presiden baharu kelab yang merupakan presiden ke-21 dalam sejarah 110 tahun kelab itu.

Kelab Serie A itu dalam satu kenyataan memberitahu, Zhang  adalah anak kepada Pengerusi Suning Holdings Group iaitu perniagaan berkaitan elektronik, Zhang Jindong yang membeli saham majoriti kelab pada tahun 2016.

Dia menjadi lembaga pengarah sejak dua tahun lalu dan kini bertanggungjawab terhadap urusan harian kelab.

Inter mengumumkan pelantikan menerusi rakaman video di media sosial.

“Kelab, peminat dan bandar ini menanti anda. Selamat datang Presiden Zhang,” kata kelab itu.

Zhang menggantikan Erick Thohir dari Indonesia yang menjadi presiden sejak lima tahun lalu. – MalaysiaGazette