Home Seni Hidup Saya alami kemurungan – Tasha Shilla

Saya alami kemurungan – Tasha Shilla

Foto Tasha Shilla.

KUALA LUMPUR – Pelakon Tasha Shilla yang agak menyepi sejak kebelakangan ini tampil mendedahkan dia mengalami masalah depresi selama dua tahun.

Tasha, 31, memberitahu dia sebenarnya menderita tekanan emosi dan kesukaran untuk tidur gara-gara masalah itu walaupun senyuman terpancar di wajahnya.

“Selama dua tahun saya berdepan depresi disebabkan pelbagai keadaan, hidup saya menyakitkan dan sangat tertekan.

“Saya tidak boleh menjelaskan bagaimana rasanya, tetapi saya rasa penat, lost dan confused.

“Pada sebelah malam pula saya tidak boleh tidur, ada masanya saya tidak mahu keluar rumah dan ada masanya juga perasaan panik akan mengawal diri saya,” tulisnya di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Tasha telah berkongsi pengalaman apabila  mendapatkan bantuan daripada pakar untuk mengubati masalahnya itu.

Alhamdulillah, semuanya telah berubah! Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan saya sudah boleh berkongsi segalanya kepada semua.

“Saya kembali berani untuk bercakap tentang masa silam dan tidak lagi kesunyian,” tambahnya.

Tasha turut menasihati pengikut laman sosialnya agar berani untuk berkongsi masalah dan kisah silam untuk meneruskan kehidupan seharian.

Sebelum ini, beberapa selebriti popular antaranya Haqiem Rusli, Daiyan Trisha dan Elizabeth Tan mendedahkan pernah mengalami depresi. – MalaysiaGazette