BANGKOK – Insiden helikopter milik jutawan Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha terhempas berhampiran stadium kelab bola sepak UK miliknya, Leicester City semalam terus kekal ‘misteri’.
Reuters melaporkan, konglomerat bebas cukai, King Power yang berpangkalan di Thailand sehingga kini masih membisu dan enggan bercakap dengan para media helikopter milik pengerusinya, Vichai yang dilaporkan terhempas.
Vichai adalah pemilik kelab bola sepak Leicester City dan helikopter itu dilaporkan terhempas di luar Stadium King Power, sebaik sahaja tamat perlawanan Liga Perdana.
Ketika Reuters menghubungi King Power, pihaknya tidak dapat mengulas kebenaran atau penafian berkait perkara ini.
“Kami belum dapat berikan komen berhubung insiden ini sekatan ini kepada media,” katanya ringkas.
Semalam waktu tempatan, helikopter itu dilihat terbakar dalam satu gambar dirakamkan daripada telefon pintar dan seorang jurugambar di tempat kejadian secara tidak sengaja merakamkan insiden itu.
Ianya dikatakan terhempas selepas perlawanan menentang West Ham di tempat letak kereta berhampiran Stadium King Power, stadium yang menyaksikan kemenangan gemilang dua tahun lalu, pasukan Leicester City menjuarai Liga Premier.
Vichai, seorang ahli perniagaan Thailand, membuat pelaburan besar dalam kelab itu, sering pulang dari stadium menggunakan helicopter. –MalaysiaGazette