JAKARTA – Para penyelamat Indonesia mengeluarkan anggota tubuh manusia selepas pesawat Lion Air terhempas di laut sejurus berlepas dari Jakarta pada pagi ini, kata seorang jurucakap.
Juruterbang pesawat yang membawa 189 penumpang memohon untuk berpatah balik sebelum hilang perhubungan 13 minit selepas berlepas, lapor Reuters.
Para pekerja penyelamat sedang berusaha untuk mencari badan pesawat selepas menemui serpihan dan bahagian pesawat itu terapung di permukaan Laut Jawa. – Agensi