JAKARTA – Sebuah pesawat Lion Air disahkan terhempas ketika melakukan penerbangan dalam negara, lapor agensi penyelamat Indonesia.
“Adalah disahkan ia telah terhempas, kata jurucakap agensi penyelamat Indonesia, Yusuf Latif seperti dipetik Reuters.
Pesawat tersebut dalam penerbangan dari Jakarta ke Pangkal Pinang yang mengambil masa kira-kira sejam.
Latif berkata, pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan udara kira-kira 13 minit selepas berlepas dan terhempas di laut.
Setakat ini Lion Air belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Penerbangan JT610 yang menggunakan pesawat Boeing, B737 Max 8 boleh membawa 210 penumpang. – Agens
Pesawat Lion Air terputus hubungan dengan menara kawalan trafik