Home Ekonomi QSR edar hand sanitizer halal

QSR edar hand sanitizer halal

QSR
(dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Adiwira Abd Razak, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil, Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, Pengarah Takexco Malaysia Sdn Bhd, Kumi Okada dan Pengarah Eksekutif Kanan Takexco Ltd, Takeshi Okada menunjukkan produk pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman diantara QSR Trading dan Takexco Malaysia di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 29 OKTOBER 2018.

PETALING JAYA- QSR Brands (M) Holdings Bhd. berhasrat untuk meneroka lebih banyak peluang dalam bidang pengedaran produk pembersihan halal di negara ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, langkah pertama yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah dengan mengedarkan produk hand sanitizer pertama  yang mempunyai sijil halal dan bergred makanan.

Ini hasil pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pengeluar produk pembersih berasaskan teknologi Jepun, Takexco Malaysia Sdn. Bhd. (Takexco).

Di bawah perjanjian tersebut, anak syarikat QSR Brands, QSR Tranding Sdn. Bhd. diberi hak eksklusif untuk menjadi pengedar tunggal kepada produk pembersih ethanol sanitizer pertama di dunia yang bergred makanan dan mempunyai sijil halal di Malaysia.

Kesemua produk pembersih tersebut akan digunakan di 48 kedai Ayamas di seluruh Malaysia di samping dijual di pasaraya-pasaraya utama.

“Kerjasama dengan Takexco adalah satu langkah progresif ke arah memperluaskan operasi pengeluaran dan pengendalian makanan serta restoran halal kami,” katanya semasa sidang media selepas memeterai MoU dengan Takexco di sini hari ini.

Hand sanitizer yang bakal diedarkan oleh QSR Trading terdiri daripada Takex Clean QSR dan Take Clean Extra QSR merupakan agen pembersih berasaskan etanol yang mengandungi ekstrak pokok buluh yang diimport dari Jepun. – MalaysiaGazette