Home Dunia Pesawat 737 Max 8 Lion Air mungkin alami masalah sensor

Pesawat 737 Max 8 Lion Air mungkin alami masalah sensor

Antara barangan daripada pesawat Boeing 737 Max milik Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia, Isnin lalu. foto Agensi

JAKARTA – Pesawat Lion Air yang jatuh ke Laut Jawa di Indonesia awal minggu ini telah mengalami masalah dengan pengimbas (sensor) yang digunakan untuk mengukur ketinggian dan kelajuan dalam penerbangan sebelum ini.

Masalah itu dijangka dapat membantu menjelaskan mengapa pesawat terhempas di peraiaran Indonesia pada Isnin lalu.

Juruterbang Boeing 737 Max 8 melaporkan masalah itu selepas terbang dari Denpasar ke Jakarta pada malam sebelum kemalangan itu berlaku, kata jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan semalaman dan mengesahkan pesawat tersebut boleh terbang, kata Prihantoro.

Dalam kemalangan itu seramai 189 orang terkorban termasuk anak kapal.

Masalah yang dipercayai berlaku pada pesawat Lion Air itu boleh mengakibatkan perbezaan dalam bacaan kelajuan dan ketinggian hingga menyebabkan kekeliran pada kokpit.

Kejadian berpunca daripada masalah sama pernah berlaku pada pesawat Air France pada tahun 2009 apabila terhempas di Lautan Atlantik.

Data jejak penerbangan Lion Air yang berusia dua bulan itu menunjukkan pesawat itu terbang pada paras berbeza antara ketinggian dan kelajuannya, kemungkinan petunjuk bahawa para juruterbang tidak mendapatkan maklumat yang tepat daripada pengimbas tekanan udara pesawat itu.

Sensor merupakan penjelasan untuk data trek penerbangan, kata John Cox, Presiden Sistem Pengendalian Keselamatan dan bekas juruterbang penerbangan.

Tetapi Cox dan lain-lain berpendapat ia terlalu awal untuk menyatakan sebab pesawat Lion Air terhempas dan memberi amaran bahawa tidak lama lagi untuk mengatakan apa yang terjadi pada penerbangan Lion Air dan beberapa data penerbangan – seperti kelajuan yang tidak melampau dan tidak ada pergerakan mendadak yang mendorong kehilangan kawalan. – MalaysiaGazette