KUALA LUMPUR – Pasaran buruh dijangka kekal menggalakkan pada tahun ini dan 2019, menurut Tinjauan Ekonomi 2019.
Kadar pengangguran diunjur kekal 3.3 peratus dengan lebih banyak peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi.
Jumlah penduduk bekerja dijangka meningkat kepada 14.8 juta pada tahun ini dan 15.1 juta pada tahun 2019.
Seramai 9.3 juta dijangka bekerja dalam sektor perkhidmatan pada tahun depan berbanding 9 juta pada tahun ini.
Jumlah pekerja dalam sektor pembuatan dan pertanian diunjur kekal 2.5 juta dan 1.9 juta pada tahun 2018 dan 2019.
Tinjauan Ekonomi 2019 berkata, bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kadar pengangguran kekal 3.4 peratus manakala jumlah tenaga buruh meningkat 1.6 peratus kepada 15.1 juta.
Jumlah penduduk bekerja meningkat 1.7 peratus kepada 14.6 juta dengan sektor perkhidmatan mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 9.1 juta daripada jumlah guna tenaga.
Kekosongan pekerjaan berkurangan kepada 550,449 manakala bilangan pencari kerja aktif berkurang 22.3 peratus kepada 241,046 dengan 1.7 peratus pendaftar baharu.
Bilangan pekerja yang diberhentikan ola kekal 9,249 orang.
Sehingga akhir Ogos 2018, bilangan pekerja asing berdaftar berkurangan kepada 1.7 juta dengan 39 peratus dari Indonesia, 20.9 peratus (Nepal) dan 18 peratus (Bangladesh). – MalaysiaGazette