Home Politik Golongan miskin tegar terpinggir dalam Belanjawan 2019

Golongan miskin tegar terpinggir dalam Belanjawan 2019

45240857_343540332860511_7555346978360524800_n-640x480
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Besar, di Arau, Perlis hari ini.

ARAU – Penduduk luar bandar khususnya golongan petani, nelayan dan pekebun kecil tidak mendapat manfaat langsung daripada Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga presiden UMNO, berkata belanjawan tersebut tidak menyentuh secara khusus pakej untuk golongan berkenaan.

“Mereka adalah golongan miskin tegar dan dalam keadaan harga komoditi merosot, sewajarnya perhatian lebih diberikan kepada mereka,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Besar, di sini, hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, naib presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Terdahulu, Mohamad, dalam ucapannya, menyifatkan Belanjawan 2019 sebagai tidak adil kepada masyarakat luar bandar kerana banyak tumpuan diberikan kepada kawasan bandar. – BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts