KUALA LUMPUR – Barangkali ramai yang tidak pernah mendengar nama akar manis malah mungkin tidak dapat membayangkan bagaimana rupa bentuknya.
Bagi pertama kali mendengar, akar manis sebenarnya memiliki khasiat yang tersendiri sebagai serum kerana ia tidak berbahaya kepada kulit.
Ia juga sejenis herba yang mempunyai sifat melembutkan dan mencerahkan kulit dan kini semakin popular dalam produk kecantikan untuk merawat dan menghilangkan bintik hitam, membersih wajah serta melembap kulit wajah.
Menyedari kebaikannya, syarikat Bumiputera, MHH Group Enterprise yang menggunakan jenama Sue Sara Beauty (Sue Sara) turut menggunakan ekstrak akar manis yang diformulasi khas dalam produk kecantikan keluarannya dikenali sebagai BB Beauty Cream.
Pengasasnya, Suzaini Lisna Stafa berkata, ekstrak akar manis yang terdapat dalam BB Beauty Cream manis diimport khas dari Perancis dan dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi termasuk ekstrak salmon yang dirumus khas enam dalam satu.
“Ramai sebenarnya tidak mengetahui khasiat akar manis yang mempunyai 1,001 khasiat untuk kesihatan manusia sejak turun temurun terutama untuk kulit bermla seawal 13 tahun.
“Justeru, gabungan ekstrak akar manis dan salmon menjadikan BB Beauty Cream sebagai bedak asas yang dapat merawat serta meresap terus ke dalam kulit, mengecutkan jerawat, menghilangkan jeragat, mengecilkan liang pori pada wajah selain menjadikan kulit muka lebih berseri,” katanya.
Selain BB Beauty Cream, produk lain Sue Sara adalah BB Cushion, Gel Cleanser, Vitamin Face Mist dan Tanslucent Powder.
Suzaini Lisna dan suaminya, Hairman Mad Ali berani mengambil risiko dengan memulakan langkah awal menghasilkan produk tersebut sejak dua tahun lalu.
Mereka berdua membuat penyelidikan dan pembangunan selama setahun bagi menghasilkan rangkaian produk secara berperingkat yang menggabungkan akar manis bersama stem sel epal dan stem sel oren.
Suzaini berkata, idea menghasilkan BB Beauty Cream ini bermula apabila dia mencari bisnes baharu untuk menghasilkan produk sendiri.
“Sebelum ini, saya menjadi pengedar kepada jenama tudung terkenal dan mampu menjana keuntungan.
“Namun apabila jualan makin berkurangan, saya mengambil keputusan menghasilkan produk sendiri dengan menjadi pengguna tegar produk ini,” katanya.
Suzaini memberitahu, keistimewaan BB Beauty Cream kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia terlarang selain menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) di makmal selama setahun sebelum mula dipasarkan pada September tahun lalu.
“Ia bertujuan untuk memastikan kualiti yang dihasilkan benar-benar bermutu tinggi tanpa sebarang kesan sampingan.
“BB Beauty Cream adalah produk khusus 100 peratus daripada bahan organik yang dihasilkan bagi menggantikan serum, krim pelembap dan lain-lain produk krim muka selain mesra solat.
“Ia sesuai digunakan semua jenis kulit wanita dan lelaki seawal usia 13 tahun dan kesannya dapat dilihat dalam tempoh dua minggu penggunaan,” katanya memberitahu BB Beauty Cream dijual pada harga RM90 .
Sementara itu, Suzaini Lisna berkata, produk BB Beauty Cream kini menyumbang 70 peratus jualan kepada syarikat dan menyasarkan ia meningkat sehingga 10,000 unit setiap bulan dalam pasaran domestik dan luar negara.
“Jualan tersebut dipacu strategi syarikat mengadakan promosi agresif mempromosikan produk ini melalui media sosial dan media cetak.
“Kami juga terkejut dengan sambutan yang memberangsangkan dan rata-rata pengguna beri maklum balas yang positif,” katanya.
Menurutnya, Sue Sara Beauty juga telah berada dalam pasaran seluruh negara, Brunei dan Singapura, dan turut menerima permintaan dari Indonesia.
“Maklum balas orang ramai mengenai produk ini juga menambahkan keyakinan kami untuk menghasilkan beberapa rangkaian produk lain,” katanya.
Menurutnya, pengguna juga tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk di bawah label Sue Sara Beauty kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
“Syarikat mempunyai lebih daripada 100 ejen di seluruh negara dan menyasarkan 10 stokis pada tahun depan dalam memperluaskan rangkaian jualan,” katanya.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 013 9822 110. – MalaysiaGazette