Home Akhbar Cina Remaja terima 15 jahitan dihempap roda basikal dari pangsapuri

Remaja terima 15 jahitan dihempap roda basikal dari pangsapuri

Seorang remaja mengalami kecederaan dan menerima 15 jahitan selepas kepalanya dihempap roda basikal yang dicampak dari sebuah pangsapuri di Jalan Gombak, ibu negara.
Seorang remaja mengalami kecederaan dan menerima 15 jahitan selepas kepalanya dihempap roda basikal yang dicampak dari sebuah pangsapuri di Jalan Gombak, ibu negara.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja mengalami kecederaan dan menerima 15 jahitan selepas kepalanya dihempap roda basikal yang dicampak dari sebuah pangsapuri di Jalan Gombak, ibu negara.

Ketika kejadian, remaja berumur 18 tahun keturunan Melayu itu sedang menunggu kawan di tempat meletak motosikal di bawah sebuah pangsapuri perumahan rakyat pada 9.30 pagi, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff  berkata, mangsa mengalami pendarahan selepas dihempap oleh roda basikal.

Screenshot_20181104-090503_01_01

Beliau berkata kepada China Press, remaja itu kemudian dihantar untuk menerima rawatan kecemasan di Hospitak Kuala Lumpur.

Katanya, polis telah menghantar anggota untuk mencari dalang kejadian itu, tetapi siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu, rakan mangsa telah menggunakan media sosial mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab yang membawa kecederaan itu selain mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di kawasan pangsapuri. – MalaysiaGazette