Pemandu-pemandu teksi kesal dengan sikap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang didakwa memutarbelitkan tuntutan mereka agar penyedia perkhidmatan e-panggilan khususnya Grab dimansuhkan.
Pengarah Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan pihaknya tidak pernah menuntut lebih 40 syarikat e-hailing di negara ini ditutup.