Home Ekonomi Kelembapan ekonomi dunia jejas harga minyak

Kelembapan ekonomi dunia jejas harga minyak

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak dunia susut hari ini berikutan kebimbangan kelembapan ekonomi akan menjejaskan pertumbuhan permintaan dunia yang kini dibayangi dengan sekatan semula terhadap Iran.

Niaga hadapan West Texas Intermediate dan Brent masing-masing susut 0.3 peratus kepada AS$62.93 dan AS$72.96 setong.

Pengurus-pengurus dana lindung nilai adalah penjual bersih niaga hadapan dan pilihan berkaitan petroleum untuk minggu kelima yang dijalankan minggu lepas kerana bimbang terhadap sekatan terhadap Iran.

Kedudukan bersih dalam kontrak-kontrak pilihan niaga hadapan dan enam kontrak berkaitan petroleum yang paling penting dikurangkan sebanyak 73 juta tong dalam minggu ini hingga 30 Oktober.

Pengurus portfolio adalah penjual bersih sebanyak 371 juta tong sejak akhir September, mengambil kedudukan bersih ke tahap terendah selama 15 bulan, menurut rekod yang diterbitkan oleh pengawal selia dan pertukaran.

Jameel Ahmad, ketua penyelidikan pasaran di broker niaga hadapan FXTM berkata “sekatan ke atas Iran telah … diambil kira di pasaran minyak sejak lama” dan “akan lebih fokus kepada prospek permintaan global kerana ketidakpastian luaran yang berterusan yang mengimbangi prospek ekonomi. ”

Tambahnya, kelembapan dalam ekonomi dan pertumbuhan permintaan minyak memandangka ia akan menimbulkan lebih banyak risiko pada bulan-bulan mendatang.

Kemerosotan mata wang telah memberi tekanan kepada ekonomi-ekonomi di Asia termasuk India dan Indonesia.

Pada masa sama, pertikaian perdaganagan antara Amerika Syarikat dan China memberi ancaman kepada dua ekonomi besar dunia.

Di pihak bekalan pula, minyak berada dalam jumlah yang cukup walaupun terdapat sekatan terhadap Iran. – MalaysiaGazette