KUALA LUMPUR – Meskipun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerima kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,100 tetapi ia berharap kerajaan akan mempertimbangkan dengan serius kenaikan upah minimum yang pada kajian seterusnya.
Kenaikan gaji minimum itu bersama-sama bantuan-bantuan lain yang melebihi RM1,100 memberi kelegaan kepada pekerja berpendapatan rendah.
“Memandangkan banyak langkah bantuan yang diberikan kepada B40 bersama-sama dengan upah minimum dinaikkan kepada RM1100, ia dapat mengurangi beberapa kebimbangan yang timbul di dalam Gabungan Bantah 1050.
“MTUC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana mendengar kepada suara Gabungan Bantah 1050,” katanya dalam kenyataan di sini.
Solomon berkata, cadangan emberian bantuan sebanyak RM1,000, subsidi penjagaan kanak-kanak sebanyak RM120 bagi setiap kanak-kanak sehingga 4 kanak-kanak, tiket perjalanan bulanan tanpa had sebanyak RM100 dengan pengangkutan awam dan pemansuhan tol di Pulau Pinang dan Singapura bagi motosikal yang akan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Katanya, MTUC gembira selepas bertahun-tahun belanjawan telah menyisihkan peruntukan yang berpatutan untuk melegakan keadaan B40, cadangan-cadangan berkenaan dianggap sebagai langkah ke hadapan dalam membantu golongan berpendapatan rendahm emandangkan keadaan ekonomi sangat mencabar.
MTUC juga berkata, sudah tiba masanya Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memberi nasihat kepada ahli-ahlinya untuk mempertimbangkan dengan serius, perubahan minda dan bukan hanya mengancam kerajaan untuk membuat litigasi terhadap kenaikan upah minimum.
“Apakah hak pihak majikan untuk mengambil tindakan undang –undang terhadap cadangan belanjawan? Sekiranya kerajaan akan didakwa, ia adalah kesatuan-kesatuan yang harus lakukannya kerana mereka kehilangan gaji minimum yang
dipertingkatkan disebabkan oleh kelewatan 2 tahun dalam melaksanakan kajian semula,” ujarnya.
Jelas beliau, majikan Malaysia telah dimanjakan selama tempoh 61 tahun yang membolehkan pengkayaan tidak adil dan pengumpulan kekayaan besar dalam kalangan beberapa orang dan dengan itu mencipta jurang perbezaan yang besar dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan.
Oleh itu, tuntutan MEF bahawa keputusan untuk meningkatkan lagi gaji minimum akan memberi kesan kepada kos menjalankan perniagaan dan tidak adil kepada pihak majikan hanya bersifat lucu.
Sudah tiba masanya pihak majikan bertindak lebih bertanggungjawab dalam menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mengurus konsep pembangunan yang saksama.
Sebaliknya, majikan perlu mempertimbangkan dengan serius melaksanakan kos elaun hidup sebanyak RM300 untuk menampung kenaikan kos sara hidup.
“Gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan tidak semestinya bermakna gaji harus terhad kepada RM 1100. Ini adalah minimum dan sebarang peluasan yang melampaui adalah tanggungjawab majikan.
“Majikan juga perlu bertanggungjawab untuk memainkan peranan mereka untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan yang semakin meningkat di Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette