KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$101.7 bilion pada 31 Oktober 2018.
Jumlah itu susut berbanding AS$102.8 bilion yang dinyatakan pada 15 Oktober lalu.
Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette