Home Seni Hidup Angelina Jolie dan Brad Pitt ke mahkamah demi rebut anak

Angelina Jolie dan Brad Pitt ke mahkamah demi rebut anak

KUALA LUMPUR – Pelakon Angelina Jolie dan bekas suaminya, Brad Pitt masing-masing akan merebut hak penjagaan kesemua enam anak mereka di mahkamah dalam perbicaraan yang akan bermula 4 Disember nanti.

Pasangan selebriti ini berpisah pada September 2016 dan Angelina memberitahu ketidaksefahaman menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga mereka.

Perkara tersebut dilaporkan oleh CNN.

Sepanjang menjalani hidup bersama, Angelina Jolie dan Brad Pitt mempunyai tiga anak angkat iaitu Maddox, 17; Pax, 14; Zahara, 13; dan tiga anak kandung mereka iaitu Shiloh, 12; dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 10.

Setakat ini, kesemua anak mereka berada di bawah penjagaan Angelina dan perbicaraan pasangan ini dijangka mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. –MalaysiaGazette