Home Politik PKR Sarawak ‘penentu’ jawatan utama parti

PKR Sarawak ‘penentu’ jawatan utama parti

MGF24072018_HUMANINTERESTPRK_13-640x427
Petugas Anak Muda Keadilan (AMK) Kota Raja menyiapkan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dipasang di setiap jalan-jalan utama sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 24 JULAI 2018.

KUCHING – Susulan PKR Sarawak adalah negeri terakhir yang akan mengadakan pemilihan menerusi pengundian secara dalam talian e-voting pada hujung minggu ini, tumpuan pastinya pada keputusannya yang akan menentukan jawatan utama dalam Majlis Kepimpinan Pusat.

Umum melihat pemilihan PKR Sarawak sebagai ‘penentu” sepertimana diakui oleh calon timbalan presiden parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa beliau menghadiri majlis makan malam PKR negeri di sini, malam tadi.

Tanpa menyebut nama pencabarnya Mohd Rafizi Ramli, Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan itu telah menggesa anggota di Sarawak untuk mengundi pemimpin yang menjaga kebajikan anggota dan tidak terperangkap dengan politik wang menjelang pemilihan itu.- BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts