Home Nasional Dera anak tiri: Boy Tiger ditangkap

Dera anak tiri: Boy Tiger ditangkap

Khairul Izaini Khairuddin dan Noraini Samian,

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan pada jam 11 pagi tadi di Hospital Kajang, lapor BH Online.

Katanya, ketika itu suspek mahu melawat isterinya, Noraini Samian, 20, yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan anak.

“Ketika ditahan, suspek yang berusia 31 tahun sedang melawat isterinya yang mendapatkan rawatan di sana.

“Difahamkan, wanita berusia 20 tahun yang turut dicari polis itu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi lelaki di sebuah homestay di Hulu Langat, awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fadzil berkata, selain suspek lelaki itu, polis turut menahan wanita berkenaan untuk siasatan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suami isteri berkenaan akan direman pada esok hari dan bayi mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara,” katanya.

Menurut Fadzil, selain kes membabitkan kanak-kanak tiga tahun berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut menyiasat dua lagi kes penderaan kanak-kanak di Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jumaat lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman, maut dipercayai akibat didera.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya. – MalaysiaGazette