Home Politik Umum menang: Anwar tegur Azmin kena ikut proses

Umum menang: Anwar tegur Azmin kena ikut proses

Anwar Ibrahim
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah memberikan pertimbangan sewajarnya kepada bantahan peminjam terhadap pelaksanaan skim itu.

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sewajarnya menghormati proses pemilihan parti dan hanya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhak mengumumkan sebarang keputusan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin Mohamed Azmin maklum tentang proses itu meskipun Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memperoleh undian terbanyak berbanding pencabarnya.

“Dia ada hak untuk sebut (kemenangan) tapi dia pun tahu yang (sepatutnya) umum itu ialah JPP dan kita patut hormat proses itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohamed Azmin yang mengumumkan keputusan pemilihan PKR secara tidak rasmi bagi jawatan timbalan presiden PKR yang dimenanginya mendahului tugas JPP.

Dalam suatu kenyataan yang ditandatangani beliau sebagai Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2018-2021, Azmin mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya kerana meneruskan “agenda sebenar reformasi.”

Azmin turut membuat pengumuman yang sama di dalam Twitter peribadinya, semalam.

Setakat semalam, keptusan tidak rasmi pemilihan PKR menyaksikan Azmin mendapat 67,449 undi berbanding pencabarnya, Rafizi Ramli yang meraih 62,716 undi, dengan majoriti 4,733 undi. – MalaysiaGazette

Menang Pemilihan: Wan Azizah sifatkan Azmin terlalu teruja

Azmin Ali menang?

Azmin ucap terima kasih kepada pendokong reformasi tulen

Pemilihan PKR: Azmin semakin selesa