LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sedang disiasat Persatuan Bola Sepak (FA) England gara-gara mengeluarkan kenyataan sebelum perlawanan menentang jiran setempat, Manchester United minggu lalu
BBC Sport melaporkan, pengendali dari Sepanyol itu didakwa memberi komen yang berbaur bukan kontroversi tentang pengadil perlawanan itu, Anthony Taylor.
Namun kenyataan Guardiola itu masih bertentangan dengan pendirian FA yang tidak membenarkan sebarang komen seperti itu dibuat.
Guardiola didakwa memberi komen itu ketika menjawab soalan wartawan ialah berkaitan dakwaan penyokong City bahawa Taylor merupakan penyokong tegar United dan kemungkinan tidak mampu berlaku adil dalam perlawanan itu.
Bagaimanapun Taylor menerima pujian kerana berjaya mengendalikan perlawanan itu dengan baik sehingga menyaksikan City menang 3-1 dalam aksi di Stadium Etihad itu, pagi Isnin lalu. – MalaysiaGazette