Pertumbuhan itu dipacu oleh peningkatan terbitan kerajaan (+17.0 peratus atau RM46.5 bilion) walaupun sektor korporat menyusut 41.8 peratus, menurutnya.
Menurut RAM Ratings, pasaran sukuk Malaysia berkembang 11.1 peratus tahun ke tahun kepada RM827.8 bilion sehingga akhir September 2018 (akhir September 2017: RM745.2 bilion).
Pada masa yang sama, pengkadaran sukuk yang belum diselesaikan berbanding keseluruhan pasaran bon domestik kekal kukuh pada 59.8 peratus.
Sementara itu, terbitan terkini Sukuk Snapshot RAM Ratings melaporkan jumlah terbitan sukuk global merosot 12.2 peratus tahun ke tahun kepada US$66.8 bilion setakat akhir September 2018, daripada US$76.1 bilion pada tahun sebelumnya.
Malaysia kekal menguasai 35 peratus bahagian terbitan sukuk global, diikuti Arab Saudi (26.5 peratus).
Sukuk dalam denominasi ringgit kekal sebagai pendahulu dengan 32.2 peratus bahagian pasaran sukuk global.
“Kami menjangkakan pertumbuhan terbitan sukuk global kekal tidak berkembang pada 2018, berkemungkinan di bawah unjuran kami pada US$75.0 bilion hingga US$85.0 bilion tahun ini,” menurut RAM Ratings. – MalaysiaGazette