KUALA LUMPUR – Baru-baru ini kumpulan Spice Girls, yang dulu menerima tempat dan pernah menjadi kegilaan remaja mengumumkan akan kembali dalam sebuah konsert reunion di United Kingdom yang dijangkakan berlangsung pada tahun hadapan.
Namun konsert itu hanya akan dianggotai empat ahli mereka iaitu Mel B, Emma Bunton, Mel C dan Geri Halliwel.
Victoria Beckham dikatakan enggan bersama-sama mereka, kerana memberitahu nyanyian bukan lagi karier yang diminatinya.
Isteri kepada pemain bole sepak, David Beckham itu berkata, dia sudah lama menggantung mikrofon.
“Saya sudah lama menggantung ‘mic’ dan saya berasa takut apabila naik ke pentas dan ternampak mikrofon,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan capan selepas menerima trofi Ikon Fesyen di People’s Choice Awards pada Ahad lalu. – MalaysiaGazette