Home Utama Isteri sahkan Isa Samad ke IJN jalani pemeriksaan rutin

Isteri sahkan Isa Samad ke IJN jalani pemeriksaan rutin

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
Mohd Isa Samad
SEREMBAN – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara kelmarin kerana menjalani pemeriksaan rutin setiap lima tahun.

Isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang mengesahkan perkara itu, berkata Mohd Isa, 69, masih berada di IJN dan keadaannya baik.

Pada masa sama Bibi Sharliza menjelaskan gambar menampilkan suaminya sedang dirawat di IJN yang ditularkan adalah gambar lama.

“Itu gambar lama… saya pun tidak tahu macam mana boleh tular pula gambar itu. Suami saya hanya jalani pemeriksaan rutin dan sama-samalah kita doakan kesihatannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak terbabit yang menularkan gambar tersebut.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini dilaporkan oleh sebuah portal berita bakal dihadapkan ke mahkamah berhubung kes pembelian sebuah hotel oleh Felda.

— BERNAMA