Home Nasional Nazrin pernah terima ugutan bunuh

Nazrin pernah terima ugutan bunuh

Mahkamah Majistret di sini, hari membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Allahyarham Nazrin Hassan pernah menerima ancaman bunuh tiga bulan sebelum dia dibunuh.

Ancaman itu diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund melalui panggilan telefon, menurut Malaysian Insight yang memetik sumber.

Katanya, Nazrin telah membuat laporan polis dan siasatan polis mendapati panggilan itu daripada saudara rapat.

Nazrin kemudian menarik balik laporan polis itu selepas dimaklumkan mengenainya.

Nazrin, 45, meninggal dunia ketika sedang tidur dalam sebuah rumah dua tingkat pada 14 Jun lalu.

Mayatnya 30 peratus terbakar.

Polis yang menyiasat kes itu pada awalnya telah mengklasifikasikannya sebagai kematian mengejut tetapi menukarnya kepada kes bunuh susulan siasatan forensik yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat Nazrin yang digali semula pada 8 Oktober lalu bagi menjalani bedah siasat kali kedua dan Pusat Perubatan Universiti Malaysia masih dalam proses menyediakan laporan penuh bagi laporan tersebut.

Semasa siasatan dijalankan, isteri Nazrin dan dua anak lelaki isterinya telah ditahan, selain kakak ipar dan suaminya.

Polis kini sedang mengesan seorang pekerja Indonesia yang menjadi bekerja di kediaman Nazrin bagi membantu siasatan kes pembunuhan tersebut. – MalaysiaGazette