Home Ekonomi Harga minyak dunia stabil

Harga minyak dunia stabil

SINGAPURA – Harga minyak stabil hari ini disokong oleh jangkaan potongan bekalan oleh OPEC tetapi inventori Amerika Syarikat masih tinggi.

Niaga hadapan minyak West Texas Intermediate didagangkan pada harga AS$56.5 setong, naik AS$0.12 berbanding harga penutup.

Brent pula naik sebanyak AS$0.07 kepada AS$66.69 setong.

Prestasi harga minyak masih lagi bergantung kepada jangkaan pengurangan bekalan oleh OPEC tidak lama lagi ekoran kebimbangan krisis 2014 berulang lagi apabila harga menjunam disebabkan lebihan bekalan.

Meskipun OPEC memegang kuasa bekalan tetapi pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat mencecah rekod baharu minggu lalu dengan peningkatan 11.7 juta tong, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat.

Pengeluaran minyak Amerika Syarikat melonjak hampir suku sejak awal tahun ini.

Inventori minyak mentah mencecah 10.3 juta tong pada minggu sehingga 9 November lalu kepada 442.1 juta tong- paras tertinggi sejak Disember 2017. – MalaysiaGazette