Ketidakhadiran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat malam tadi tidak perlu diperbesarkan.
Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin kanan parti tidak hadir pada perasmian persidangan itu perkara biasa.