Home Politik Sudah tiba masa UMNO, Pas ‘bercantum’

Sudah tiba masa UMNO, Pas ‘bercantum’

PASIR SALAK – Sudah tiba masa UMNO dan Pas ‘bercantum’ dan bina kekuatan politik baharu di negara ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, ‘cantuman’ itu perlu dibuat atas nama Islam dan Melayu.

“Dulu atok hari-hari kutuk Pas, hari-hari kutuk DAP kini mereka cium mulut dan kita tertipu selama 22 tahun.

“Tapi itu ada hikmah..Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan Pas dan UMNO di bawah saya, kita bercantumlah,” ujarnya semasa berucap pada Perhimpunan Perpaduan Ummah membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di sini malam tadi.

Selain Abdul Hadi, pimpinan Pas dan UMNO berkumpul beramai-ramai menentang cadangan ratifikasi ICERD yang pernah dikemukakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy baru-baru ini.

Ahmad Zahid juga memberi amaran supaya sekiranya kerajaan sekarang berani melaksanakan ratifikasi ICERD bermakna mereka mengundang ‘amuk’ dalam kalangan orang Melayu dan Islam.

“Jangan sampai orang Melayu amuk tetapi kalau amaran UMNO dan Pas akan bangun di seluruh negara menentangnya..jangan main-main,” katanya.

UMNO juga, katanya bersetuju bersama-sama Pas mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah ICERD di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Syukor Allhamdulillah, bagai pinang dibelah dua. Semoga kedua dua pasangan ekstrimis hidup merana, saling tikam menikam dari belakang berpanjangan ke anak cucu.

    Jasa baik UMNO/BN perjuang songlap harta negara dan PAS tikam PKR dari belakang tidak akan kami lupai.

Comments are closed.