Home Sukan Marotta di China untuk bincang sertai Inter Milan

Marotta di China untuk bincang sertai Inter Milan

Marotta di China untuk memuktamadkan perjanjian menyertai Inter Milan dalam masa 48 jam

MILAN – Bekas Ketua Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta kini berada di China untuk memuktamadkan tawaran bersama pemilik Inter Milan.

Pemilik kelab itu adalah pengasas Suning Commerce Group Co. Ltd, Zhang Jindong untuk kekal berada di Serie A Itali.

Laporan terbaharu di Itali pada Ahad mendakwa Marotta meninggalkan Juventus awal November ini.

Beliau telah bersama Juventus selama lapan musim di Turin dan kehadirannya dilihat sebagai satu revolusi pembaharuan terbesar untuk Inter Milan.

Inter Milan merupakan pesaing terkuat Juventus dalam liga Itali setiap musim.

Marotta, 61, merupakan arkitek utama dalam membentuk Juventus sebagai pasukan yang digeruni dan dominan dalam Serie A.

Sumbangan luar biasa Marotta itu menyaksikan Juventus berjaya mengekalkan kejuaraan Serie A milik mereka selama tujuh musim berturut-turut, empat piala Itali dan dua kali beraksi dalam final Liga Juara Juara Eropah.

Marotta kini berada di Nanjing untuk bertemu Zhang Jindong dan anak lelakinya yang merupakan Presiden kelab Inter, Steven Zhang.

Difahamkan Marotta mahu bertemu dengan dua taikun bola sepak itu bagi membincangkan masa depannya.

Laporan juga mendakwa dia akan memuktamadkan perjanjian bagi memulakan tugasnya di Inter Milan dalam masa 48 jam.

Malah dikatakan peranannya di Inter Milan berbeza berbanding tugasĀ  Pengarah Sukan Inter Milan Piero Ausilio- MalaysiaGazette