Home Utama Saya tidak tahu kerajaan nak gabung Felda, Felcra – KSU Hal Ehwal...

Saya tidak tahu kerajaan nak gabung Felda, Felcra – KSU Hal Ehwal Ekonomi

Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen bercakap kepada media pada Persidangan Statistik Malaysia ke-6 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen tidak tahu menahu wujud cadangan untuk menggabungkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan Felcra Berhad.

“Tidak.. Tidak, tidak… Saya tidak tahu mengenainya,” katanya ketika ditanya oleh pemberita.

Namun beliau mengesahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan membentangkan Kertas Putih mengenai Felda di Parlimen Disember inii.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan beliau akan membentangkan Kertas Putih mengenai kepincangan Felda pada bulan depan.

Kertas itu juga akan mencadangkan pemulihan kewangan dan urus tadbir Felda.

Difahamkan salah satu daripadanya ialah penggabungan dua agensi berkenaan. -MalaysiaGazette

+ posts