Home Dunia Gunung berapi Fuego meletus, 4,000 dipindah

Gunung berapi Fuego meletus, 4,000 dipindah

Fuego
Imej gunung berapi Fuego di Guatemala yang mula meletus malam semalam.

GUATEMALA CITY – Hampir 4,000 penduduk dipindahkan secara berperingkat-peringkat dari kawasan sekitar gunung berapi Fuego di Guatemala yang mula meletus malam semalam.

Laman portal BBC melaporkan, Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan (CONRED) menjelaskan, gunung berapi itu mula memuntahkan asap tebal, aliran lahar dan gas yang sangat membahayakan.

Menurut jurucakap agensi itu, setakat ini lebih 2,000 orang sudah ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Institut Meteorologi, Gunung Berapi dan Seismologi Kebangsaan (INSIVUMEH), Juan Pablo Oliva berkata lebih banyak aliran lahar dan debu panas akan keluar dari gunung berapi itu.

Jun lalu, letusan gunung berapi Fuego menyebabkan lebih 190 orang terbunuh.

Letusan itu adalah kali kelima berlaku tahun ini di gunung berapi yang berketinggian 3,763 kilometer, salah satu gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah. – MalaysiaGazette