Home Ekonomi Pengerusi Nissan ditahan

Pengerusi Nissan ditahan

Carlos Ghosn. foto Bloomberg

TOKYO – Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn ditangkap atas dakwaan salah laku kewangan.

Ghosn, tokoh tinggi dalam industri kereta, akan dipecat daripada firma Jepun selepas mesyuarat lembaga yang ada diadakan pada hari Khamis.

Pengerusi Nissan itu dituduh melakukan salah laku yang serius termasuk pelaporan gaji dan penggunaan aset syarikat.

Bagaimanapun, Nissan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kesalahan itu.

Pendakwa Jepun juga masih belum mengulas mengenai penahanan Ghosn.

Nissan adalah pembuat kereta keenam terbesar di dunia dan mempunyai kilang terbesar di United Kingdom yang terletak di Sunderland.

“Saya rasa kecewa, kesal dan marah. Memandangkan ia sudah didedahkan, saya percaya orang ramai juga akan merasai apa yang saya rasa hari ini,” kata Ketua Eksekutif Nissan, Hiroto Saikawa pada sidang akhbar.

Hiroto percaya salah laku itu “berlaku dalam tempoh yang panjang”

Kini, katanya, Nissan cuba “menstabilkan keadaan, dan menormalkan operasi sehari-hari” untuk kakitangan dan rakan niaga.

Nissan dikatakan telah melaksanakan siasatan dalaman berhubung salah laku selama beberapa bulan.

Menurut laporan media, Ghosn tidak melaporkan kewangan sejumlah 5 bilion yen (34 juta pound) dalam tempoh lima tahun dari 2011. – MalaysiaGazette