Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu barisan kepemimpinan kerajaan mengutamakan penyertaan pelbagai pihak dalam proses menggubal sesuatu perjanjian mahupun dasar demi kepentingan rakyat sejagat.
Baginda bertitah, amalan Rasululullan SAW yang mengamalkan budaya syura untuk membolehkan pelbagai pandangan dan kelainan dapat disuarakan harus dijadikan contoh serta panduan.