SHAH ALAM – Kerja-kerja menanggal papan tanda mempunyai tulisan bahasa Cina di sini yang bermula semalam telah selesai dan kerja menggantikannya dengan papan tanda menggunakan hanya bahasa Melayu dijangka selesai pada akhir bulan ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad dalam kenyataannya berkata sebanyak 45 unit papan tanda jalan yang mempunyai tulisan bahasa Cina telah ditanggalkan oleh petugas bermula semalam.
“Kerja-kerja pemasangan papan tanda jalan yang hanya mempunyai bahasa Melayu pula akan dijalankan secara berperingkat dalam masa terdekat, papan tanda baharu pula dijangka selesai dipasang pada penghujung bulan ini (November),” katanya.- BERNAMA