KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah baik penglibatan lebih ramai lagi rakan strategik dalam rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia bagi mengelakkan KR1M dimonopoli pihak tertentu, Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata hanya syarikat peruncitan yang berkaliber dan menpuyai kewangan yang kukuh akan dipilih menjadi rakan strategik dalam KR1M.
Katanya, Kedai Rakyat 1Malaysia juga akan ditukar namanya sesuai dengan kehendak kerajaaan yang mahu ianya mengutamakan barangan bermutu dengan harga berpatutan dan bukannya barangan murah dan tidak berkualiti.
— BERNAMA