WASHINGTON – Presiden Donald Trump mempertahankan hubungannya dengan Arab Saudi meskipun dunia mengutuk kes pembunuhan Jamal Khashoggi.
Arab Saudi adalah “rakan kukuh” yang telah bersetuju untuk melabur dengan rekod jumlah yang besar di Amerika Syarikat, kata Trump dalam satu kenyataan.
Presiden mengakui Mahkota Putera Mohammed bin Salman “sangat baik” telah mengetahui tentang pembunuhan Khashoggi.
“Dalam apa jua keadaan, hubungan kami adalah dengan kerajaan Arab Saudi,” katanya.
Khashoggi dibunuh pada 2 Oktober semasa berada dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul.
Arab Saudi mendakwa pembunuhan tersebut dilakukan oleh agen jahat namun menafikan dakwaan bahawa Putera Mahkota, Mohammed bin Salman mengetahui rancangan jahat itu.
Media Amerika Syarikat melaporkan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) percaya Mohammed bin Salman memerintahan pembunuhan itu dilakukan ke atas wartawan berkenaan.
Trump dalam kenyataannya berkata: “(Kemungkinan) Putera Mahkota mengetahui peristiwa tragis ini – mungkin ya dan mungkin dia tidak!”
Trump menambah, CIA masih belum membuat penentuan 100 peratus terhadap pembunuhan tersebut.
Dalam wawancara pada hari Ahad lalu, Trump memberitahu Fox News bahawa beliau enggan mendengarkan pita rakaman pembunuhan Khashoggi yang diserahkan oleh Turki.
Namun beliau menyatakan pita berkenaan adalah “pita penderitaan” selepas diberi taklimat penuh oleh CIA. – MalaysiaGazette