Home Nasional Tun M tak tahu SPRM buka semula kes Scorpene

Tun M tak tahu SPRM buka semula kes Scorpene

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 21 NOVEMBER 2018

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan tidak tahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM4.67 bilion.

Sebaliknya, beliau menyifatkan kes itu telah berlalu namun tidak menolak ia akan dilakukan semula jika terdapat bukti yang cukup.

“Saya tidak tahu, ia dilaporkan oleh media (jadi) anda tahu. Itu perkara lepas, Mereka mungkin lihat keperluannya jika ada bukti yang cukup,” katanya kepada pemberita ketika sidang media hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) kali kelima di pejabatnya.

Tambah Mahathir, kerajaan sehingga kini tidak menerima apa-apa laporan berhubung perkara itu.

Sumber SPRM baru-baru ini dipetik sebagai berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke ibu pejabat SPRM beberapa hari lalu bagi siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM4.67 bilion.

Tambah sumber itu, beberapa lagi individu lain lagi dijangka turut dipanggil bagi membantu siasatan termasuk bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda yang dikatakan terbabit dalam urusan niaga pembelian kapal selam itu.-MalaysiaGazette