KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini disebabkan kekurangan minat belian selain menjejaki prestasi semalaman yang bercampur-campur di Wall Street.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.27 mata kepada 1,693.10 berbanding 1,695.37 penutup Rabu.
Ia dibuka 0.78 mata lebih rendah pada 1,694.59.
Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 80 berbanding 79 dengan 124 tidak berubah manakala 1,624 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung.
Sejumlah 82.35 juta saham bertukar tangan bernilai RM36.48 juta. – MalaysiaGazette