Home Nasional JKR anjur Hari Profesion Teknikal Negara 4 Disember ini

JKR anjur Hari Profesion Teknikal Negara 4 Disember ini

Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha sambil diiringi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Kamaluddin Abdul Rashid (dua kanan), Pengarah Urusan, RPM Engineers Sdn. Bhd, Datuk Ir. Mohd Adnan Mohd Nor (kiri) dan Jurutera Mekanikal Bahagian Sekretariat Cawangan Dasar Pengurusan Korporat JKR Malaysia, Mohd Hazery Mohd Shamsi (kanan) menunjukkan placard selepas selesai sesi Ramah Mesra dan Temubual Bersama Ketua Pengarah Kerja Raya sempena Hari Profesion Teknikal Negara yang akan tiba pada 4 dan 5 Disember 2018 di Jabatan Kerja Raya, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya akan menganjurkan Hari Profesion Teknikal Negara pada 4 dan 5 Disember ini.

Ia akan diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid bagi memberi penghargaan kepada mereka yang banyak menyumbang serta memberi pendedahan kepada generasi baru serta mengangkat profesion itu sebagai pilihan utama pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Ketua Pengarah Kerja Raya Dato Sri Ir. Dr.Roslan Md Taha berkata, hari itu dicadangkan pada setiap Sabtu pertama bulan Disember bagi memperingati penubuhan JKR pada 3 Disember 1872.

Antara pengisian bagi kedua-dua hari berkenaan ialah pertandingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) anjuran Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), perkongsian kertas kerja teknikal panel penceramah jemputan, 50 buah gerai pameran berkaitan bidang teknikal dan industri kejuruteraan, serta pameran pelbagai jentera berat dan kenderaan siap siaga bencana.

Kini terdapat lebih 130,000 profesion teknikal berdaftar dengan badan-badan profesional negara dan daripada jumlah ini hampir 23,000 telah ditauliahkan bertaraf profesional. – MalaysiaGazette