Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini dalam dagangan berhati-hati dengan belian diselangi aktiviti pengambilan untung sepanjang sesi dagangan, kata peniaga.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.26 mata untuk ditutup kepada 1,695.88 daripada paras penutup 1,695.62 pada Khamis.
Bagaimanapun, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 597 berbanding 236, manakala 342 kaunter tidak berubah, 733 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 1.58 bilion unit bernilai RM1.10 bilion daripada 1.75 bilion unit bernilai RM1.44 bilion pada Khamis.
Peniaga berkata, dagangan berhati-hati apabila para pelabur mengambil kira risiko daripada pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, manakala Wall Street ditutup pada Khamis sempena Hari Thanksgiving dan pelabur bergelut mencari hala tuju.
Sementara itu, di pasaran tempatan, belian minit-minit akhir saham wajaran tinggi seperti Maybank, TNB dan Hong Leong Bank, membantu meningkatkan pasaran.
Maybank naik tiga sen kepada RM9.42, TNB menokok dua sen kepada RM14.80, Hong Leong Bank meningkat 10 sen kepada RM20.68 manakala Public Bank tidak berubah pada RM24.80.
Petronas Chemicals dan CIMB jatuh dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.22 dan RM5.63.
Dalam kalangan saham cergas, MyEG meningkat dua sen kepada RM1.12, Sanichi naik satu sen kepada 16 sen manakala Hibiscus Petroleum dan Bumi Armada susut satu sen setiap satu masing-masing kepada RM1.02 dan 32 sen.
Indeks FBM Emas berkurangan 17.27 mata kepada 11,778.89, Indeks FBMT 100 turun 9.81 mata kepada 11,629.61 dan FBM 70 susut 56.39 mata kepada 13,873.95.
Indeks FBM Emas Shariah jatuh 20.94 mata kepada 11,835.82 tetapi Indeks FBM Ace susut 93.13 mata kepada 4,940.19.
Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 22.13 mata kepada 17,314.59, Indeks Perladangan naik 5.31 mata kepada 7,182.15 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.51 mata kepada 172.46.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 947.74 juta saham bernilai RM977.02 juta daripada 1.15 bilion saham bernilai RM1.30 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran jatuh kepada 290.68 juta unit bernilai RM68.38 juta daripada 334.03 juta unit bernilai RM83.11 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 338.11 juta saham bernilai RM58.20 juta daripada 266.43 juta saham bernilai RM57.56 juta sebelumnya.
Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 120.46 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (199.06 juta), pembinaan (94.92 juta), teknologi (148.12 juta), SPAC (1,000), perkhidmatan kewangan (17.36 juta), hartanah (64.67 juta), perladangan (18.60 juta), REITs (3.39 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (164.63 juta), penjagaan kesihatan (14.75 juta), telekomunikasi dan media (51.98 juta), pengangkutan dan logistik (33.31 juta), dan utiliti (16.48 juta). – MalaysiaGazette