Home Nasional ICERD: Keputusan Kabinet sebulat suara – Saifuddin

ICERD: Keputusan Kabinet sebulat suara – Saifuddin

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka dan memberi peluang kepada rakyat membicarakan hal-hal rumit yang sebelum ini ‘tertutup’ rapat seperti isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan terkini ICERD.

“Tetapi apabila sampai ke tahap ‘alergik’ ICERD, maka Kabinet menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi konvensyen itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Luar di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Kerajaan tak ratifikasi ICERD