Home Dunia Rouhani ajak komuniti Islam bersatu menentang AS

Rouhani ajak komuniti Islam bersatu menentang AS

Rouhani mengajak komuni Islam bersatu menentang kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat demi masa depan mereka.

DUBAI – Presiden Iran, Hassan Rouhani mengajak komuniti Islam di seluruh dunia  bersatu menentang Amerika Syarikat (AS).

Beliau tidak mahu dunia Islam membuka karpet merah untuk penjenayah yang merujuk kepada AS.

Washington pada Mei lalu mengenakan semula sekatan ke atas Tehran selepas Presiden AS, Donald Trump menarik semula perjanjian nuklear antarabangsa yang dipersetujui pada tahun 2015 dengan Iran.

“Adalah menjadi satu pengkhianatan kepada agama kita dan generasi masa depan jika kita terus tunduk kepada kuasa Barat yang diketuai AS.

“Kita perlu memilih sama ada membuka karpet merah untuk penjenayah atau menentang ketidakadilan dan kekal taat kepada nabi, al- Quran dan Islam,” kata Rouhani di Persidangan Antarabangsa mengenai Perpaduan Islam di Tehran yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan hari ini.

Teguran itu merujuk kepada Arab Saudi dan beberapa negara Teluk Arab yang menjalin hubungan rapat bersama Washington.

“Kita bersedia mempertahankan kepentingan rakyat Saudi menentang keganasan, penindasan dan kuasa kuasa besar dunia..kita tidak meminta USD$450 bilion untuk melakukannya,” tegas Rouhani sebagai merujuk Arab Saudi yang menandatangani kontrak bersama AS.-MalaysiaGazette