Home Nasional Shahidan bawa 20 buah bas untuk sertai himpunan ICERD

Shahidan bawa 20 buah bas untuk sertai himpunan ICERD

Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, UMNO dan Pas Perlis akan datang dengan 20 buah bas bagi menyertai himpunan besar-besaran membantah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Salam..Umno Perlis dan Pas Perlis akan menyertai perhimpunan ICERD pada 8hb.dec dgn pasukan panglima2 dan serikandi2 terdiri dari 20 biji bas,” katanya melalui Facebook beliau.

Ahli Parlimen Arau itu berkata, himpunan yang bakal disertai itu adalah demi Islam, Melayu, Bumiputera dan negara.

Himpunan raksasa itu anjuran oleh Pas dan UMNO diteruskan biarpun kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan untuk tidak meratifikasikan konvensyen tersebut.

Ini kerana, pengumuman itu tidak memberi jaminan bahawa ICERD tidak akan diratifikasikan. – MalaysiaGazette

+ posts