TERKINI : “Saya Cabar Guan Eng Saman Saya! Kita Buka di Mahkamah” – Azwanddin Hamzah

Penasihat Kehormat Gagasan Tiga (G3), Datuk Azwanddin Hamzah sekali lagi mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menyamannya di mahkamah berhubung pendedahan yang dibuat oleh gabungan tersebut mengenai parti itu.

Beliau berkata, Guan Eng telah banyak kali mengugut untuk menyamannya namun, sehingga kini tindakan tersebut masih belum dibuat.

“Dua kali dah pemimpin DAP cuba untuk saman dan saya dah buka ruang pun untuk mereka saman. “Sampai hari ini pun mereka tak saman.

Saya cabar Guan Eng untuk saman, kita akan buka di mahkamah,” katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya (IPD) di sini hari ini.