KUALA LUMPUR – Azhar Azizan Harun melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Country View Berhad mulai 10 Disember ini.
Peletakan jawatan itu susulan pelantikannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.
Country View dalam makluman kepada bursa berkata, Azhar meletakkan jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.
Beliau dilantik dalam lembaga pengarah syarikat itu sejak 27 Mac 2002. – MalaysiaGazette