Home Utama Harap semua bertenang, hormati tugas anggota keselamatan

Harap semua bertenang, hormati tugas anggota keselamatan

Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.foto IQBAL BASRI, 13 OGOS 2018
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak yang cukup sedih dengan insiden kekecohan dan rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights meminta semua pihak bertenang.

Nasihatnya agar semua orang tidak meragut keharmonian negara ini.

“Saya sedih, sangat sedih ini berlaku di negara kita. Tiada perkataan yang dapat gambarkan betapa saya dan keluarga kecewa dengan keadaan ini,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama dan penghormatan kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan tugas mereka.

Beliau turut berdoa agar anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

“Saya mohon kita semua doakan yang sama untuk Muhammad Adib.

“Kepada keluarga Muhammad Adib, banyakkan bersabar dan tabah melalui saat ini. Perbanyakkan doa moga Muhammad Adib segera pulih,” katanya lagi. – MalaysiaGazette