Home Nasional Kerajaan tolak cadangan subsidi petrol kepada M40

Kerajaan tolak cadangan subsidi petrol kepada M40

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution sambil diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen (dua kanan) menyaksikan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh (tiga kiri), menurunkan tandatangan pada buku "Polisi Keselamatan Siber KPDNHEP" pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 NOVEMBER 2018

PUTRAJAYA –  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui wujud cadangan agar program subsidi petrol bersasar turut diberikan kepada kumpulan M40.

Namun, ujarnya kerajaan pada masa ini tidak ke arah pelaksanaan tersebut di sebaliknya hanya menumpukan subsidi bersasar kepada golongan B40 sahaja.

“Di luar sana, sudah ada ura-ura agar kementerian ikut buka sama kumpulan sasaran kepada M40 yang lower braket dan sebagainya jadi tumpuan kementerian adalah memulakan dahulu program ini dengan kumpulan B40 dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan kementerian itu hari ini.

Mengulas lanjut, bagi golongan bukan B40, Saifuddin berkata, harga minyak akan kekal mengikut cara apungan namun ia hanya berperingkat.

“RON95 untuk sasaran bukan B40 dia secara apungan, ia bukan beerti hari ini subsidi bersasar RM2.25 harga minyak contoh apakah bermaksud RM2.50 untuk bukan B40?Tidak. Prinsipnya yang kita guna pakai kenaikan floating adalah berperingkat kita tidak naikkan naik empat sen, lima sen atau tujuh sen bergantung kepada kiraan,” jelasnya.

M40 merujuk kepada golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan iaitu mereka yang berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319 sebulan, manakala B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,900 dan ke bawah.

Subsidi petrol bersasar merupakan antara janji Pakatan Harapan sebelum pilihan raya yang lalu dan dijangka ia akan dilaksanakan pada suku kedua tahun hadapan.

Kerajaan sudah mengeluarkan tender terbuka bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar.-MalaysiaGazette