Home Politik Noor Azmi sertai PPBM

Noor Azmi sertai PPBM

FB_IMG_1543417919487-640x480

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali diterima menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima borang permohonan bekas ahli parlimen UMNO itu dalam sidang media di Petaling Jaya malam tadi.

Dengan kemasukan Noor Azmi itu menjadikan PPBM kini mempunyai seramai 15 ahli parlimen dalam Dewan Rakyat.

Selain itu,empat senator UMNO iaitu Khairudin ES Abdul Samad, Aknan Ehtook, Suhaimi Abdullah dan Isa Abdul Hamid juga diterima menyertai PPBM.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut meninggalkan UMNO dan menyertai parti komponen Pakatan Harapan itu.- MalaysiaGazette

 

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts