Selepas kekecohan berhampiran kuil Sri Maha Mariamman malam tadi oleh sekumpulan lelaki berjaya disuraikan oleh polis yang bertugas di kawasan itu – pagi ini keadaan di sana kembali tenang.
Walaupun begitu masih ada sekumpulan pasukan polis dan FRU bertugas di luar kawasan kuil berkenaan.
Malam tadi keadaan kecoh di kawasan Perumahan USJ 25 berhampiran kuil Sri Maha Mariamman apabila polis mengejar sekumpulan pemuda yang berdegil emggan bersurai walaupun arahan menyusul beberapa kali sejak 10.30 malam tadi.
Sekitar 1 pagi tadi polis menurunkan anggota pasukan Light Strike Force sebelum memberi amaran terakhir meminta pemuda yang berkumpul itu bersurai segera.