Home Utama 80,000 tiket Piala AFF 2018 habis terjual

80,000 tiket Piala AFF 2018 habis terjual

Empat sahabat gembira selepas berjaya mendapatkan tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018  antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu ini, habis terjual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam entri terbaharu melalui laman Facebooknya, memaklumkan tiket dijual secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional itu yang dibuka seawal 10 pagi habis terjual dalam tempoh tiga jam.

FAM juga memaklumkan tiket yang dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic turut habis, sekali gus bermakna 80,000 keping tiket yang diperuntukkan termasuk 40,000 keping tiket perlawanan dijual secara dalam talian pada Isnin dan Selasa lepas, telahpun habis terjual.

MGF29112018_PEMBELIAN TIKET AFF SUZUKI04
Sebahagian penyokong  gigih beratur untuk membeli tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand walaupun dikatakan tiket tersebut sudah habis dijual ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 NOVEMBER 2018.

Selain itu, FAM turut merakamkan penghargaan di atas sokongan padu rakyat Malaysia dan mengharapkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada skuad Harimau Malaya dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Sabtu ini.

Malaysia yang bakal beraksi di hadapan 80,000 penyokong tempatan, menggalas misi besar untuk membawa bekalan selesa, sebelum bertandang ke Stadium Rajamangala, Bangkok bagi aksi separuh akhir kedua pada 5 Dis depan.

MGF29112018_PEMBELIAN TIKET AFF SUZUKI05
Reaksi kecewa segelintir penyokong yang tidak berjaya mendapatkan tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 NOVEMBER 2018.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya tewas dengan agregat 3-4 kepada skuad Gajah Perang yang muncul juara Piala AFF Suzuki 2014 dan mengekalkan kejuaraan pada edisi berikutnya pada 2016.

— BERNAMA